Tuesday, 5 July 2011

CARUMAN

Berapakah caruman tahunan minimum bagi pelan ini?
Caruman tahunan minimum bagi pelan ini ialah RM1,200.00

Pengendali Takaful memperuntukkan sebahagian daripada caruman untuk membeli unit unit dalam dana berkaitan pelaburan yang telah anda pilih .Bahagian yang tidak diperuntukkan akan digunakan untuk membayar Yuran Wakalah, dimana ia termasuk dengan komisen kepada ejen takaful dan perbelanjaan lain pengendali Takaful.Anda dinasihatkan supaya merujuk kepada kadar peruntukan yang diberikan dalam ilustrasi jualan.

Apakah tempoh pembayaran caruman bagi pelan ini?
Tempoh caruman dibayar ialah sehingga orang dilindungi berumur 99 tahun.

Apakah mod bayaran yang disediakan bagi bayaran caruman?


Mod bayaran caruman yang didapati adalah sekali tahunan,dua kali setahun,empat kali setahun atau 
sekali sebulan.









Bagaimanakah saya membayar caruman?


Caruman boleh dibayar dengan salah satu cara berikut:

•   Secara tunai atau dengan cek.Bagi bayaran dengan cek,sila bayar atas nama 
    AIA AFG TAKAFUL BHD




•   Kad Kredit










Apakah itu cuti caruman?
Cuti caruman ialah apabila anda berhenti membayar caruman buat sementara.Ciri ini memberi anda kefleksibelan apabila menghadapi kesempitan kewangan.Walau bagaimanapun,Caj Tabarru' untuk sijil asas dan rider akan terus dipotong daripada Dana pelaburan Peserta dan terdapat kemungkinan berlakunya keluputan apabila caj caj yang dikehendaki,termasuk caj rider,melebihi nilai unit unit dana berkaitan pelaburan yang ada.

















No comments:

Post a Comment