Bagaimanakah Pengendali Takaful menentukan bida/tawaran harga
Harga tawaran ditentukan berdasarkan Nilai Aset Bersih(NAB).NAB seunit dana ini ditentukan dengan membahagikan aset Dana ditolak liabilitinya dengan bilangan unit dalam terbitan.Buat masa sekarang, harga tawaran adalah sama dengan harga bida.Pengiraan harga bida/tawaranakan dibulatkan kepada 3 tempat perpuluhan.Apakah urusniaga saya berdasarkan penentuan harga hadapan atau penentuan harga sejarah?
Semua urusniaga akan berdasarkan penentuan harga hadapan di mana bagi permintaan yang diterima oleh pengendali Takaful pada atau sebelum jam 3petang.Harga bida/tawaran akan berdasarkan harga seunit pada akhir hari perniagaan.Permintaan yang diterima selepas tarikh penggalan ini akan dianggap sebagai diurusniagakan pada hari perniagaan berikut.Harga unit ditentukan setiap hari pada akhir setiap hari perniagaan.Dalam keadaaan tertentu,Pengendali Takaful mungkin tidak dapat menentukan harga unit pada hari tertentu dan semua urusniaga akan diproses menggunakan harga unit berikutnya yang ada.
No comments:
Post a Comment