Apakah yuran dan caj yang perlu saya bayar?
i)Yuran Wakalah akan dipotong terdahulu sebagai peratusan caruman manakala bahagian caruman yang lain akan diagihkan ke Dana Pelaburan Peserta.Jadual di bawah menunjukkan yuran wakalah dan peruntukan caruman berdasarkan peratusan(%) caruman.
Tahun Sijil | Yuran Wakalah |
1 | 60% |
2 | 60% |
3 | 50% |
4 | 30% |
5 | 20% |
6 | 20% |
7 dan ke atas | 0% |
ii)Caj-caj Tabarru" berbeza beza mengikut umur,status merokok,keadaan kesihatan dan amaun faedah yang anda pilih, akan dipotong secara bulanan daripada dana pelaburan Peserta,dimana ia akan digunakan untuk bantuan dan pertolongan bersama,berdasarkan konsep Takaful.Caj-caj Tabarru' akan meningkat apabila usia and ameningkat.
Caj-caj Tabarru"adalah tidak terjamin dan kami berhak menyemak kadar atau menukar semasa pembaharuan dengan memberi notis 90 hari secara bertulis melalui pos biasa ke alamat terakhir anda didalam rekod kami.Kenaikan atau penukaran caj-caj Tabarru' hanya berlaku apabila sijil diperbaharui seterusnya.
iii)Caj perkhidmatan Bulanan akan dikenakan setiap bulan daripada Dana Pelaburan Pesrta.Caj sebanyak RM5 akan dikenakan bagi mod pembayaran sekali setahun,duakali setahun,empat kali setahun dan RM6 untuk sekali sebulan.
iv)Caj pengurusan dana tahunan akan dikenakan sebagai peratusan daripada nilai aset bersih.Kadar semasa boleh didapati daripada pengendali Takaful.Caj pengurusan dana tahunan maksimum bagi dana jenis ekuiti dan dana jenis pendapatan Islam/sukuk ialah 1.5% dan 1.00% tahunan masing masing.
v)Caj tambah nilai sebanyak 5% daripada tambah nilai berjadual dan tambah nilai caruman akan dikenakan terdahulu jka anda membuat pilihan ini.Peruntukan caruman ini akan digunakan untuk membeli unit di harga tawaran selepas di potong dengan caj tambah nilai.
No comments:
Post a Comment