Berapa lamakah tempoh bayaran caruman bagi A-Excel?
Caruman perlu dibayar selama 20tahun sijil ataupun sehingga kematian orang dilindungi,yang mana terdahulu.Apakah mod bayaran yang disediakan bagi bayaran caruman?
Mod bayaran caruman yang ada adalah sekali setahun,dua kali setahun,empat kali setahun ataupun sekali sebulan.
Bagaimanakah saya boleh membayar caruman?
Caruman boleh dibayar dengan salah satu cara dibawah:a)Secara tunai atau dengan cek.Sila bayar atas nama "AIA AFG Takaful Bhd".
b)Bayaran automatik
i)Kad kredit
ii)Autodebit
c)Arahan Tetap
d)Akaun Kutipan Korporat Maybank(AIA AFG)
Adakah caruman bagi A-Excel dijamin sepanjang tempoh 20 tahun tersebut?
Kadar caruman adalah tidak dijamin dan kami berhak untuk menyemak semula atau melaraskan kadar ini semasa pembaharuan.Sekiranya kadar caruman disemak, kami akan memberi anda notis 90 hari secara bertulis melalui pos biasa ke alamat terakhir anda di dalam rekod kami.Semakan atau pelarasan kadar caruman akan berlaku semasa tarikh pembaharuan sijil selepas notis tersebut dikeluarkan.Apakah itu cuti caruman?
Cuti caruman ialah apabila anda berhenti membayar caruman bagi sijil asas anda untuk sementara.Dalam keadaan ini,caj Tabarru' dan caj Cuti Caruman untuk sijil asas dan rider-rider akan terus dipotong daripada Nilai Akaun Peserta sijil asas dan rider.
No comments:
Post a Comment