Monday, 12 September 2011

A-Excel-Pelan Perlindungan dan Simpanan

Impian kewangan anda tidak pernah terhenti walaupun ada melangkah ke fasa hidup yang berbeza.Menyimpan untuk impian kewangan anda adalah mudah sekiranya anda merancang kewangan
anda terlebih dahulu dan dengan menyediakan wang sampingan tetap untuk rancangan tersebut.Memperkenalkan A-Excel,penyelesaian kewangan lengkap yang menggabungkan
perlindungan takaful dan simpanan dalam satu pelan.A-Excel boleh membantu anda mencapai
impian kewangan anda seperti tanggungan pendidikan anak-anak,modal untuk perniagaan sendiri
ataupun persediaan untuk persaraan.

Apa itu Takaful?



















Takaful ialah skim saling bantu membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan,persaudaraan dan
kerjasama.Setiap perserta bersetuju membayar sumbangan berdasarkan Tabarru'(memderma)ke dalam
dana,iaitu Dana Risiko Perserta yang akan digunakan untuk saling bantu-membantu disaat diperlukan.
AIA AFG Takaful Berhad.sebagai Pengendali Takaful adalah diamanahkan untuk melabur dengan sewajarnya 
dan menguruskan dana ini menurut strategi pelaburan yang dilunaskan dengan prinsip-prinsip Shariah.

Apakah itu A-Excel
A-Excel adalah pelan takaful caruman tetap yang akan matang di hujung tahun ke 20 sijil dengan bayaran caruman selama 20tahun.Ia menyediakan perlindungan takaful diatas kematian ataupun orang dilindungi mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.

Bagaimana pelan ini bertindak?
Caruma yang dibayar untuk pelan ini akan diperuntukkan ke dalam Akaun Peserta selepas
potongan Yuran Wakalah,iaitu potongan yuran muka daripada peratus caruman yang dibayar.
Caj-caj Tabarru' akan dipotong daripada Akaun Peserta secara bulanan dan disalurkan ke Dana
Risiko Peserta.Dana risiko peserta akan digunakan sebagai bantuan dan pertolongan bersama
peserta peserta lain yang memerlukannya,berdasarkan konsep Takaful.Jika dana risiko Peserta
tidak mencukupi untuk membayar faedah takaful,Pengendali Takaful akan menampung kekurangan
itu dengan memberi pinjaman kebajikan (Al-Qard Al-Hasan) dan amaun ini akan dibayar semula
kepada pengendali Takaful tanpa sebarang keuntungan apabila Dana Risiko Peserta mencukupi
sebelum sebarang pengagihan lebihan pengunderaitan dibuat.

No comments:

Post a Comment